Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

INFO: Terapi Kesihatan (MANDI)

 

Mostly kita akan mandi 2 kali sehari (pagi & petang) as rutin harian kita... Mungkin ada yang tidak tahu sejauh mana mandi mampu memberikan terapi terhadap kesihatan kita. Jom hari ni kita share bersama info menarik ini :)

1. Mandian Aromaterapi
Mandian ini menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengan rempah ratus tradisional yang telah diperap khas. Mandian ini biasanya boleh dilakukan disauna mahupun dirumah. Manfaatnya mandian ini dapat meningkatkan sistem peredaran darah, merehatkan otot badan serta meredakan tekanan yang ada.

2. Mandi Garam
Mandi dengan air garam ialah satu cara untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga. Berendam dengan air garam mampu merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Selain itu, mandian bersama air garam juga boleh melancarkan peredaran darah seluruh tubuh serta membantu merawat tumit kaki yang pecah dan merekah.

3. Mandi Air Panas
Mandi air panas sekitar 32 - 35 darjah celsius mampu membantu mengeluarkan toksin daripada badan. Mandi air panas ini juga membolehkan kamu menurunkan tingkat gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot serta menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan untuk berendam di dalam air ini antara 10 - 20 minit.

4. Mandi Wap
Kesan panas daripada mandi wap mampu memberi kesan yang positif kepada system kadiovaskular badan. Selain memanaskan seluruh anggota, mandi wap juga menjadikan darah dalam badan lebih cair, mengembangkan urat saraf serta melegakan otot-otot. Kesannya, ia menjadikan badan kamu lebih sihat dan cergas.


 
Kajian di Jepun menunjukkan seseorang yang berendam di dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.








credit: Majalah Remaja.



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Saturday, 26 May 2012

Tips Nak Cepat Kurus #Lawak#




masalah kegemukkan ni sudah menjadi "BARAH YANG PALING MENAKUTKAN" bagi semua orang terutama bagi golongan wanita.. nak gemuk senang.. nak kurus punyalah susah.. so.. hari ni mai nak share sikit tip-tip untuk menguruskan badan:

1. jangan menaiki kenderaan untuk ke mana-mana.
haaa.. dengan cara ni kita dapat bersenam dengan berjalan kaki kemana sahaje.. tidak pon boleh main kejar-kejar ke kan...

2. jangan buat dapur kat rumah.
dapat mengelakkan diri daripada aktiviti memasak dan aktiviti memakan!

3. jangan menonton Televisyen.
ini bagi mengelakkan dari terasa lapar atau teringin kan sesuatu untuk mengunyah semasa menonton TV. selain itu supaya dapat mengalakkan teringin sesuatu kalau-kalau tertonton iklan MAKANAN

4. balik kerja atau sekolah atau kuliah terus tidur dan bangun balik keesokan paginya.
untuk mengelakkan dari perut lapar di tengah malam...

5. pindah rumah tinggal di Hutan.
untuk mengelakkan diri dari menerima jemputan makan. ia juga mengelakkan diri ke kedai-kedai makan terdekat.



selamat mencuba ya hehe~ :D





♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Pages