Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

INFO: Terapi Kesihatan (MANDI)

 

Mostly kita akan mandi 2 kali sehari (pagi & petang) as rutin harian kita... Mungkin ada yang tidak tahu sejauh mana mandi mampu memberikan terapi terhadap kesihatan kita. Jom hari ni kita share bersama info menarik ini :)

1. Mandian Aromaterapi
Mandian ini menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengan rempah ratus tradisional yang telah diperap khas. Mandian ini biasanya boleh dilakukan disauna mahupun dirumah. Manfaatnya mandian ini dapat meningkatkan sistem peredaran darah, merehatkan otot badan serta meredakan tekanan yang ada.

2. Mandi Garam
Mandi dengan air garam ialah satu cara untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga. Berendam dengan air garam mampu merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Selain itu, mandian bersama air garam juga boleh melancarkan peredaran darah seluruh tubuh serta membantu merawat tumit kaki yang pecah dan merekah.

3. Mandi Air Panas
Mandi air panas sekitar 32 - 35 darjah celsius mampu membantu mengeluarkan toksin daripada badan. Mandi air panas ini juga membolehkan kamu menurunkan tingkat gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot serta menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan untuk berendam di dalam air ini antara 10 - 20 minit.

4. Mandi Wap
Kesan panas daripada mandi wap mampu memberi kesan yang positif kepada system kadiovaskular badan. Selain memanaskan seluruh anggota, mandi wap juga menjadikan darah dalam badan lebih cair, mengembangkan urat saraf serta melegakan otot-otot. Kesannya, ia menjadikan badan kamu lebih sihat dan cergas.


 
Kajian di Jepun menunjukkan seseorang yang berendam di dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.








credit: Majalah Remaja.



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Sunday, 27 May 2012

PELIK tapi BENAR



Pelik tapi Benar ???

1. muka bukan main selekeh.. tapi yang peliknya makwe punyalah cun melecun.

2. dah tahu judi itu haram.. tapi yang peliknya ramai yang keluar masuk dari kedai tikam nombor.

3. muka bukan main hensem/cun sampai jadi kegilaan ramai.. tapi yang peliknya yang sejenis juga dia buat pasangan.

4. umur belum cukup lagi untuk ambil lesen.. tapi yang peliknya pandu motor/ kereta dah merata.

5. kahwin belum lagi.. tapi yang peliknya dah ada anak.

6. kerja malas nak mampus.. tapi yang peliknya duit punya la banyak.

7. memang buta huruf sebab xpernah kesekolah.. tapi yang peliknya mengira duit cukup cekap xpernah silap.

8. kata tak merokok.. tapi yang peliknya segala jenama arak ditogok.

9. kata pandai buat itu buat ini.. tapi yang peliknya bila bagi tugas haram xreti buat.

10. mengaku muslim sejati.. tapi yang peliknya jadikan penyanyi mat saleh sebagai idola bukannya Nabi Muhammad s.a.w.



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Saturday, 26 May 2012

Tips Nak Cepat Kurus #Lawak#




masalah kegemukkan ni sudah menjadi "BARAH YANG PALING MENAKUTKAN" bagi semua orang terutama bagi golongan wanita.. nak gemuk senang.. nak kurus punyalah susah.. so.. hari ni mai nak share sikit tip-tip untuk menguruskan badan:

1. jangan menaiki kenderaan untuk ke mana-mana.
haaa.. dengan cara ni kita dapat bersenam dengan berjalan kaki kemana sahaje.. tidak pon boleh main kejar-kejar ke kan...

2. jangan buat dapur kat rumah.
dapat mengelakkan diri daripada aktiviti memasak dan aktiviti memakan!

3. jangan menonton Televisyen.
ini bagi mengelakkan dari terasa lapar atau teringin kan sesuatu untuk mengunyah semasa menonton TV. selain itu supaya dapat mengalakkan teringin sesuatu kalau-kalau tertonton iklan MAKANAN

4. balik kerja atau sekolah atau kuliah terus tidur dan bangun balik keesokan paginya.
untuk mengelakkan dari perut lapar di tengah malam...

5. pindah rumah tinggal di Hutan.
untuk mengelakkan diri dari menerima jemputan makan. ia juga mengelakkan diri ke kedai-kedai makan terdekat.



selamat mencuba ya hehe~ :D





♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Wednesday, 18 April 2012

impian seorang BUDAK SEKOLAH




masa sekolah dulu.. mimi selalu impikan semua ni berlaku walaupun tak pernah lagi berlaku.. HUHU agak-2 nya korang pun ada impian macam mimi kan kan kan??? HAHA eleh..! tak mahu mengaku pulak... malu lettew~ hik! tapi impian mimi takda lah keterlaluan... biase-2 sahaja..:face54:



  • pergi sekolah hanya untuk bermain dengan kawan-kawan.. boleh bawak permainan masak-masak ke... lego ke.. anak patung ke.. HEHE


  • tak payah buat kerja sekolah.. atau pun kerja sekolah yang cikgu bagi tu.. biar orang lain yang buat.. mungkin mak, abah, abang, akak, nenek, atuk, erk... siapa-siapa jela.. HEHE


  • bila pergi sekolah lambat.. takda siapa nak marah or denda.. maksudnya boleh pergi sekolah bila-bila masa je... xpayah bangun pagi-2..


  • mak ayah bagi duit belanja sekolah RM 50 keatas... yela selama ni asyik dapat singgit je.. mana cukup nak beli jajan... #mak aii melampau macam anak orang kaya pulak.. HUHU#


  • tak perlu belajar tapi boleh lulus dalam peperiksaan.. 100 markah pulak tu !!


  • pergi sekolah pulak tak payah bawak buku berat-berat.. guna laptop je or nak update lagi guna ipad.. maju beb!!


  • boleh pilih cikgu mana yang perlu mengajar dalam kelas... kalau mimi comfom-comfom nak cikgu yang HENSEM je! HEHE


  • kalau kami nakal.. takda siapa nak pukul buntut kami.. sakit ooo! HUHU


  • yang terakhir sekali.. kan syok kalau dapat kahwin dengan cikgu yang HENSEM dalam kelas tu.. HEHE #gatai~!#



ok fine~ mimi takda modal nak update... bosan gila cuti sem ni.. HUHU thanks kat siapa yang masih sudi baca cerita mengarut mimi ni HIK! :face52:




♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Tuesday, 17 April 2012

SENYUMlah! :)





Bila bebanmu terasa berat, hadapilah dengan SENYUM...
Bila langkahmu terlalu penat, hadapilah dengan SENYUM....


Bila badai ombak menggelora, hadapilah dengan SENYUM...
Bila awan gelap kelak menudungi, hadapilah dengan SENYUM...


Bila penyakit menyerangmu, hadapilah dengan SENYUM...
Bila harapan tiada lagi, hadapilah dengan SENYUM...


Bila manusia mengecewakan, hadapilah dengan SENYUM...
Bila hidupmu sangat tertekan, hadapilah dengan SENYUM...


ALLAH lah pembelamu, ALLAH lah penolongmu janganlah kau bimbing akan semuanya hadapilah dengan SENYUM...


Bahkan Rasullullah S.A.W. menegaskan, SENYUM adalah sedekah paling murah tetapi BESAR PAHALAnya...




jadi senyum lah selalu... kerana SENYUMAN mu itu mampu menyinari hidup orang disekeliling mu :)


♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Saturday, 7 April 2012

4 PERKARA UNTUK SIHAT





tahu x korang mengenai petua Imam Syafie iaitu 4 perkara untuk sihat??
sebenarnya ini kawan aku yang share dekat aku...
so.. aku share dengan korang pulak... :)


PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Tuesday, 20 March 2012

Betapa Berharganya Seorang Insan Bernama Wanita

♥ KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ♥




Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"


# bertuahnya Wanita.. betapa berharganya seorang wanita itu... ALLAH menciptanya sebaik-2nya :) #


sumber: Page KakiLike Facebook.



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Monday, 20 February 2012

perkongsian ilmu #1

jom belajar bahase melaka :)

haii..arini mimi nak share dgn kwn-2 sume bahase melaka... penah dgr org melaka ckp x?? ade yg kate bahase melaka ni kasau... sungguh ke?? actually mimi dibesarkan kat melaka.. org melaka ni dye suke ckp lepas... lam erti kate len berterus terang.. huhu ok kan? better terus terang dr dok men perli-2 :) tp bg mimi melaka tmpat palinggggggg beshhh ! mimi dok merantau macam-2 tempat.. tp melaka gak kat hati... papepon jom belaja seba sedikit bahase melaka :)



Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).

6. Berboko, barah, cekik : Makan

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas

18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah

19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

20. Lopak : Pencil box

21. Beledi : Baldi

22. Lemari : Almari

23. Lebang : Pemalas

ni seba sedikit yg mimi dapat dr sumber fb-Negeri Melaka


even mimi da dekat 20 taun stay melaka tp xsume bahase melaka mimi tau.. tp dr fb-Negeri Melaka ni seba sdkit wat mimi ase syok la sb skrg mimi da tau byk bhse melaka... yg bahase elok kite wat pgtahuan... yg kasau tu.. just amik tau la... tp xyah dok guna la~ hahahah


jom-2 ramai kite melawat melaka jom hehehe melawat melaka ibarat melawat malaysia tau ! sgt beshh xrugi punyee ^^

k bai~



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

Pages