bagi student macam mimi.. Bila cuti sem.. Perut pun makin membulatkan... Jadi mimi nak share sikit tips yang mimi perolehi ni :)
1. Nutrisi & Pemakanan Sihat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan kebanyakkan individu yang ingin berdiet seringkali gagal. Ini kerana proses diet memerlukan usaha jangka masa panjang. Untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif, kamu perlu belajar sedikit sebanyak mengenai nutrisi dan pengambilan makanan yang sihat.
2. Ubah Gaya Pemakanan.
Untuk menurunkan berat badan secara efektif, kamu perlu minum lebih banyak air masak atau mineral. Elakkan minuman yang mengandungi jumlah gula yang tinggi. Bagi makanan pula, kamu perlulah mendisiplinkan diri. Kurangkan kuantiti makanan yang kamu ambil dari biasa. Perubahan boleh dilakukan perlahan-lahan tapi haruslah konsisten untuk melakukannya.
3. Gaya Hidup Aktif.
Gaya hidup aktif bermaksud melakukan lebih banyak pergerakkan tubuh badan dalam kehidupan. Contohnya, menaiki tangga untuk ke pejabat atau bilik kuliah, berjalan kaki ke sesuatu tempat serta melakukan kerja yang memerlukan banyak pergerakkan badan. Ini bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan, malah dapat menjimatkan waktu senaman kamu.
4. Sarapan Pagi.
Jika ingin berdiet,pengambilan sarapan pagi amatlah penting. Mengikut kajian, kadar metabolisme seseorang manusia itu akan berada pada paras rendah di waktu pagi. Jika kamu tidak bersarapan, kamu akan mudah lapar. Pengambilan sarapan pagi juga membantu untuk membekalkan tenaga yang secukupnya bagi kamu untuk melakukan aktiviti harian.
5. Tenangkan Fikiran.
Apabila berada dalam keadaan stress, tubuh badan kita akan mengeluarkan hormon yang diberi nama cortisol. Stress yang berlebihan akan menyebabkan kita tidak dapat mengawal nafsu untuk makan. Bagi mengawal keadaan tersebut, kamu disarankan untuk melakukan senaman seperti joging, berenang, ataupun berjalan-jalan.
Mimi harap tips ini membantu kawan-kawan lain yang ada masalah macam mimi sekarang ni heheheh :) XOXO
credit: Majalah Remaja
0 si cumel lemparkan senyuman:
Post a Comment