Monday 20 February 2012

perkongsian ilmu #1

jom belajar bahase melaka :)

haii..arini mimi nak share dgn kwn-2 sume bahase melaka... penah dgr org melaka ckp x?? ade yg kate bahase melaka ni kasau... sungguh ke?? actually mimi dibesarkan kat melaka.. org melaka ni dye suke ckp lepas... lam erti kate len berterus terang.. huhu ok kan? better terus terang dr dok men perli-2 :) tp bg mimi melaka tmpat palinggggggg beshhh ! mimi dok merantau macam-2 tempat.. tp melaka gak kat hati... papepon jom belaja seba sedikit bahase melaka :)



Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).

6. Berboko, barah, cekik : Makan

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas

18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah

19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

20. Lopak : Pencil box

21. Beledi : Baldi

22. Lemari : Almari

23. Lebang : Pemalas

ni seba sedikit yg mimi dapat dr sumber fb-Negeri Melaka


even mimi da dekat 20 taun stay melaka tp xsume bahase melaka mimi tau.. tp dr fb-Negeri Melaka ni seba sdkit wat mimi ase syok la sb skrg mimi da tau byk bhse melaka... yg bahase elok kite wat pgtahuan... yg kasau tu.. just amik tau la... tp xyah dok guna la~ hahahah


jom-2 ramai kite melawat melaka jom hehehe melawat melaka ibarat melawat malaysia tau ! sgt beshh xrugi punyee ^^

k bai~



♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

7 si cumel lemparkan senyuman:

tuanseliper said...

boleh la nk kawen ngan org melaka lps ni..ahaks~

cik_miemy said...

@bai baizura boley punyoo :P heheh

Unknown said...

erk.. boleh kawen ngan org melaka? fuuyooh! nak3x.. haha :P

cik_miemy said...

@ShakRoil ewAnT bley shak~ hahaha sile :P

Unknown said...

@cik_miemy ye eh! sronoooknyer! :P

cik_miemy said...

@ShakRoil ewAnT heheheh gatai !

Unknown said...

@cik_miemy bukan selalu :P

Pages