Tuesday 9 August 2011

starbuck coffee HARAM ??

heboh di facebook mengenai starbuck haram.. betul ke? habis sume org post kat wall masing2 kate haram! sebarkan.. selamat kan umat islam.. n so on.. arini aku na gtau membe2 sume sal kenyataan ni.. cewahh~ haha

ni yg aku dpt dari laman web rasmi halal.gov.my.





















JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan:

“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”.

Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

ni sedikit sebanyak boley la na setel slh phm sal isu STARBUCK haram ni.. even aku xpnh lg la mkn kat situ.. tapi aku na tau gk la kebenarannye kan.. huhu (actually xmampu na g starbuck) haha guys..b4 kite sebar pape.. pastikan kite cek lu kebenarannye ok? adios :)







♥ DaH BaCE..? tOLonG KLik BaWAh NiE PlaK ^_^ mEKasiH ♥


TaNx FoR REadiNG ^_^ SilA KoMEn APe yG PaTOt yE..

0 si cumel lemparkan senyuman:

Pages